SELAMAT BERKENALAN
Friday, January 28, 2011
Kelebihan Berzikir 1
Daripada Abi Musa As-Sya'ri r.a; daripada Nabi s.a.w, bersabda, mafhumnya;" Bermula umpama rumahnya yang zikirkan Allah ta'ala di di dalamnya dan rumah yang tiada berzikir kepada Allah ta'ala padanya seperti orang yang hidup dengan orang yang mati".(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Friday, January 21, 2011
INFO SYIAH
FAHAMAN SALAH DALAM SYIAH
1.Berlandaskan fahaman syiah Imam Dua Belas(Ja’Fariah) iaitu golongan yang terbesar Syiah Iran.
Ulasan; Fahaman yang di akui benar oleh Rassullullah s.a.w. adalah aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Ini dapat kita perhatikan satu maksud hadist yang berbunyi” Sebaik-baik kurun adalah kurun ku, kemudian kurun berikutnya, kemudian kurun berikutnya”. Iaitu kata setengah ulama tempoh masa 300tahun dan ada 500 tahun adalah kurun/masa yang diakui oleh Rasullullah s.a.w. Ulama-ulama dalam kurun tersebut diakui kebenaran aqidah,ilmu dan amalan mereka berdasarkan isyarat hadist tersebut. Mereka terdiri dari Imam Hanafi,Imam Malik,Imam Syafei dan Imam Ahmad bin Hambal.Tetapi Syiah hanya mengiktiraf Imam mereka sahaja. Inilah berlaku pencanggahan yang begitu ketara.
2.Disebar melalui lawatan pembesar Iran ke Malaysia dan disusuli dengan kempen penerangan fahaman mereka.
3.Penduduk terpedaya kerana ingin menggunakan jalan yang singkat bagi mendekatkan diri kepada Allah S.W.T
4.Menghalalkan penikahan mutaah( kontrak).
Ulasan;
Fahaman Ahli Sunnah tidak membenarkan nikah mutaah.
5. Menambahkan Saidina Ali KW dalam syahadah.
Ulasan;
Ternyata fahaman ini bertentangan fahaman Islam;
Kerana dalam Syahadah” ...Muhamad s.a.w adalah pesuruh Allah SWT.”
6.Menziarahi kubur Saidina Husin mendapat ganjaran Syurga.
7.pengikut akan meyiksa tubuh badan mereka pada malam10 Muharam
Ulasan;
1.Kita ditegah menyiksa diri,kerana tubuh badan adalah anugerah Allah SWT. Allah melarang kita mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan. Perkara ini ada disebutkan di dalam al-Quran.
2. Ia mengikut fahaman Kristian( Nasrani), bahawa pengorbanan nabi Isa (pada tiang salib) dapat menghapuskan dosa umatnya.
3. Mengikut fahaman yang berpunca dari bisikan syaitan dan Iblis. Mengikut Syeikh Idris al-Marbawi dalam Bahr al-Mazhi “...kebaikan di nisbahkan kepada Malaikat dan keburukan di nisbahkan kepada Syaitan.”
8. Pengikut ajaran itu menganggap darah orang islam yang lain adalah halal dan jika dibunuh adalah jihad.
9.pengikut ajaran itu terdiri daripada kakitangan awam, pensyarah dan institusi.
Rujukan ;kosmo jumaat/17 dis 2010/jabatan agama
Ulasan; Penulis
Bahasa Temiang
mungkin ini yg boleh kita kongsi, antaranya
1. mo'ik- masuk
2. cik cha-makan
3. ook-minum
4.hidup-ngos
5.kumpulan-brato
6.rumah-dek
7.tidor-seklok
8.berdiri-tektok
9.berlari-perper
10.duduk-gelgel