Allah S.W.T telah menjadikan manusia berbagai bentuk,rupa, warna kulit dan bahasa supaya kita saling kenal mengenali antara satu sama lain. Ini menunjukkan Allah itu Maha Kaya. Dengan Kudrat dan Iradat -Nya Dia mampu melakukan apa sahaja supaya manusia berfikir tentang Keagungan-Nya.
Salah satu bahasa yang Allah anugerah kepada penulis adalah bahasa Kelantan( Bahaso Klate').Kelantan mendapat gelaran Serambi Mekah kerana budaya ilmunya. Sejak turun temurun lagi kelantan( dahulunya termasuk patani) merupakan pusat penyebaran Islam. Maka secara tidak langsung bahasa kelantan digunakan secara meluas.Pelajar yang datang dari luar kelantan mahu tidak mahu terpaksalah belajar bahasa Kelantan, sekurang-kurangnya bagi memahami Tuan Guru yang mengajar d madrasah dan pondok-pondok(pusat ilmu Islam).
Penulis merasakan adalah penting bagi berkongsi Bahasa Kelantan, kepada yang ingin belajar d kelantan,melancong. Sekurang-kurangnya dapat menambahkan koleksi bahasa yang kita telah ada.Antara istilah2 penting ialah:
1.Kawe-Saya
2.Demo-Awak
3.apo kaba-apa khabar?
4.kaba baik- khabar baik.
Perlu di ingat bahawa bahaso klate banyak sabdu,dengung,bunyi pentahkik dan istilah berlainan untuk kegunaan berlainan.
1. sabdu
contohnya" awe' ci'coh je'put nge' kuwoh tu.. "-"awang(adik) cicah(celup) cucur/cekodok dengan kuah tu".( tanda (') adalah ganti sabdu).'Sabdu' pulak banyak pengkelasannya berdasar tujuan dan kegunaan tertentu. penulis akan jelas kan pada sesi lain.
2-dengung
'Dengung' bahasa klate membawa maksud lain berbanding perkataan tidak ada dengung. sebagai contoh 'gi(pergi)."demo 'giiiii de'pe lagi. ba'ru demo ju'po tepat tu".-'giiiii disini bermaksud jauh lagi. kalau 'gi sahaje, tempat yang hendak di tuju adalah dekat.
3. bunyi pentahkik
sebagai contoh " demo bagi ka'we 10 rial jah"- 'jah' adalah pentahkik.
4.istilah berlainan
istilah berlainan ada banyak. contohnya istilah untuk
1. saya-kawe, kito,ambo,kemo dan aku
2.awak-demo, momo dan mu
kegunaan istilah ini mengikut tempat, latar belakang keluarga dan mengikut kelembutan peribadi seseorang.
Ada juga bahasa klate pengaruh basa lain seperti bahasa Arab, Inggeris dan lain-lain...
Paling ketara hujung perkataan, berubah menjadi(...e'- iaitu e pepet) seperti
1. Kelantan-Klate'
2. Makan-Make'
3.hadapan-de'pe
No comments:
Post a Comment